Tugas Utama
Mikail A.S juga bertugas sebagai pemimpin para Malaikat Karubiyyun yang menjadi pembantunya dalam bidang masing-masing yang sentiasa bersedia melaksanakan segala sesuatu yang diperintahkannya yang sesuai dengan perintah Allah S.W.T kepadanya. Malaikat Mikail A.S juga diberi fungsi dan peranan di sisi Allah yang berhubung dengan fungsi ekosistem alam in seperti mengatur berbagai jenis cuaca, iklim mahupun musim, mengatur beraraknya awan, tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan sebagainya. Apa pun yang terdapat di darat dan di lautan tidaklah luput dan pengawasan Malaikat Mikail, yang pada hakikatnya berada dalam pengawasan dan aturan Allah Tuhan Penguasa sekalian alam.
Tidaklah keterlaluan sekiranya apabila ada ungkapan ahli hikmah yang mengatakan:
"Tidak ada setitis rintik air pun yang turun dan langit, kecuali pada saat itu juga ada malaikat yang menentukan tempatnya di muka bumi."
Dalam hadis Ibnu Abbas r.a. yang diriwayatkan oleh at-Tabrani, Rasulullah S.A.W berkata kepada Malaikat Jibril:
"Apakah tugas yang diberikan kepada Mikail?" Jibril menjawab, "Ia ditugaskan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan menurunkan air hujan."
Sedangkan, Imam Ahmad dalam kitab Musnad-NYA meriwayatkan dan Anas Ibnu Malik r.a. dan Nabi S.A.W bahawa baginda bertanya kepada Jibril A.S,
"Mengapa aku tidak pernah melihat Mikail ketawa meskipun cuma sekali?" Malaikat Jibril A.S menjawab, "Mikail tidak pernah ketawa sejak api neraka diciptakan."
Tugas Lain Bagi Malaikat Mikail A.S
Di samping tugas di atas, Mikail A.S juga sering mendampingi Jibril A.S dalam melaksanakan tugasnya, di antaranya :
Mendampingi Malaikat Jibril A.S dalam menyampaikan berita gembira kepada Nabi Ibrahim A.S dan isterinya Sarah mengenai kelahiran Ishak dan Yaakub dan Ishaq.Mendampingi Malaikat Jibril A.S dalam melindungi Nabi Muhammad S.A.W pada Perang Badar al-Kubra. Mengenai perkara ini, Ibnu Jarir at-Tabari berkata dalam kitab Musnadnya dan Ali bin Abi Talib r.a., dia berkata:
"Malaikat Jibril A.S turun dengan memimpin seribu malaikat dari sebelah kanan Rasulullah S.A.W dan Abu Bakar ada di sana. Kemudian Malaikat Mikail A.S turun dengan memimpin seribu malaikat dari sebelah kiri Rasulullah S.A.W sedangkan aku berada di dalamnya (di tengah-tengahnya)."
Mendampingi Malaikat Jibril A.S dalam melindungi Nabi Muhammad S.A.W dalam Perang Uhud. Dalam perkara ini, Sa'ad bin Abi Waqash r.a. berkata:
"Saya telah melihat Rasulullah S.A.W ketika Perang Uhud, beliau bersama dua orang yang mempertahankannya (melindunginya) berpakaian putih, kedua orang itu gigih (teguh) sekali dalam pertempurannya, belum pernah saya melihat kedua orang itu sebelum perang atau sesudahnya." (HR. Bukhari dan Muslim)
Adapun kedua orang yang melindungi Nabi S.A.W yang telah dilihat oleh Sa'ad bin Abi Waqash itu adalah Malaikat Jibril A.S bersama Mikail A.S .
Mendampingi Malaikat Jibril A.S dalam menyampaikan berita kepada Nabi Lut A.S akan datangnya azab Allah atas isteri serta kaumnya yang melakukan perbuatan homoseksual (liwat).Ketika Malaikat Jibril A.S membedah dada Nabi Muhammad S.A.W sebelum peristiwa Israk dan Mikraj untuk disucikan hati Nabi kerana akan diisi dengan iman, Islam,dan yakin.Pada peristiwa itu, Malaikat Mikail bertugas membawa air dan Telaga Kautsar yang ada di dalam syurga untuk mencuci hati Nabi S.A.W .Dalam peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad S.A.W, Malaikat Mikail bersama-sama Malaikat Jibril turut serta mendampingi Nabi selama dalam perjalanannya.Malaikat Mikail A.S juga diutus untuk menyampaikan lembaran dan sisi Allah kepada Malaikat Maut. Dalam lembaran itu, terdapat nama orang yang diperintahkan untuk dicabut nyawanya, tempat dicabutannya dan sebab musabab dicabutnya.
Choose EmoticonEmoticon