MALAIKAT RAQIB A.S tugasnya menulis segala amalan orang yang membuat kebaikan.
Diriwayatkan, bahawa setiap manusia disertai dua malaikat yang berada di sebelah kanan sebagai pencatat amal baik tanpa disaksikan yang lain, sedangkan yang di sebelah kiri sebagai pencatat amal tercela, dan tidak dicatat amal tercela tersebut sebelum disaksikan malaikat yang di sebelah kanan.
Apabila seorang manusia sedang duduk, malaikat yang satu berada di sebelah kanan, sedangkan yang lain berada di sebelah kiri. Apabila manusia tersebut sedang berjalan, maka malaikat yang satu berada di depannya, sedang yang lain berada di belakangnya. Apabila manusia tersebut sedang tidur, malaikat yang satu berada di sisi kepalanya, sedangkan yang lain berada pada bahagian kakinya.
Berfirman Allah 'Azza wa Jalla, setelah para malaikat mengadap-NYA:
"Ya Rabbi (wahai Tuhanku), itulah hambaMu, ingin berbuat buruk sedangkan dia sendiri paling tahu tentang perkara itu." Maka berfirman Yang Maha Suci, "Amatilah dia. Apabila dia melakukannya, tulislah perbuatan itu untuknya dengan nilai sama dengannya. Tetapi apabila dia menyimpan niatnya, tuliskanlah itu untuknya sebagai suatu kebaikan. Dia menyimpan niatnya semata-mata kerana menghindarinya untuk-Ku."
(HR. Muslim)
Choose EmoticonEmoticon