-->

Sabtu, 14 November 2015

Nabi S.A.W bersabda:

"Setelah Allah Taala menciptakan Malaikat Jibril A.S dengan rupa yang sebaik-baiknya dan DIA jadikan untuknya enam ratus sayap, panjang tiap-tiap sayap sejarak antara timur dan barat",maka Jibril memandang kepada dirinya, lalu berkata:

"Tuhanku, adakah Engkau telah menciptakan makhluk lain yang lebih indah rupanya daripada aku?"Allah Taala menjawab: "Tidak."Maka bangkitlah Jibril, lalu solat dua rakaat kerana rasa syukurnya kepada Allah Taala. Dia berdiri pada setiap rakaatnya selama dua puluh ribu tahun.

Ketika selesai solatnya, Allah Taala berfirman: 

"Wahai Jibril, kamu telah menyembah-Ku dengan bersungguh-sungguh dan tidak ada satu pun yang menyembah Aku seperti ibadatmu itu. Akan tetapi, akan datang pada akhir zaman seorang nabi mulia yang Aku kasihi, bernama Muhammad dan dia mempunyai umat yang lemah lagi berdosa. Mereka melakukan solat dua rakaat dengan lalai dan tidak sempurna, dalam waktu yang sebentar sahaja (terburu-buru), dan dalam fikiran yang bercelaru dan dosa yang besar. Namun, demi keperkasaan dan keagunganKu, sesungguhnya solat mereka lebih Aku sukai daripada solatmu itu. Ini kerana, solat mereka berdasarkan perintahKu, sedangkan kamu melakukan solat tanpa perintah-Ku.Jibril berkata, "Wahai Tuhanku,apakah yang Engkau berikan kepada mereka sebagai balasan dan ibadat mereka?" 

Allah Taala menjawab, "Aku berikan mereka Syurga Ma'wa."

Jibril pun meminta izin kepada Allah untuk dapat melihat syurga itu. Allah Taala mengizinkannya. Maka datanglah Jibril, lalu dia kepakkan seluruh sayap-sayapnya, kemudian ia pun terbang. Setiap kali dia buka sepasang sayap, dia dapat menempuh jarak sejauh perjalanan tiga ratus ribu tahun dan setiap kali dia tangkupkan, dia dapat menempuh jarak seperti itu pula. Dia terbang sedemikian rupa selama tiga ratus tahun, namun dia tidak mampu, kemudian hinggaplah dia pada bayang-bayang sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah Taala, lalu berkata dalam sujudnya, "Tuhanku, adakah aku telah mencapai separuh syurga itu atau sepertiganya atau seperempatnya?" 

Allah Taala menjawab, "Wahai Jibril, sekiranya kamu terbang selama tiga ratus ribu tahun pun dan walaupun Aku berikan kepadamu kekuatan lagi seperti kekuatanmu itu serta sayap-sayap lagi seperti sayap-sayapmu itu, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, namun kamu tidak akan mencapai sepersepuluhnya dari apa yang Aku berikan kepada umat Muhammad, sebagai balasan dan solat mereka dua rakaat."(Misykat al-Anwar)




Baca Artikel Terkait:




Choose EmoticonEmoticon